awangsebliphotography.com
📷 Wedding Photographer di Kuching, Sarawak. Merakam Real Moments & emosi sebenar dalam setiap perkahwinan
Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia fotografi perkahwinan, Awang Sebli Photography berpengkalan di Kuching, Sarawak komited merakam setiap detik istimewa anda secara jujur, natural dan penuh penceritaan –Â supaya kenangan hari bahagia anda kekal bermakna sepanjang hayat.
Dengan latar belakang dalam fotografi forensik berasaskan filem di sektor kerajaan, ketelitian, ketepatan dan tanggungjawab menjadi asas dalam setiap tugasan rasmi kami. Prinsip yang sama kini diterapkan dalam fotografi perkahwinan – kerana setiap detik istimewa hanya berlaku sekali dan tidak boleh diulang.
Tentang Kami
Awang Sebli Photography memulakan perjalanan dalam dunia fotografi perkahwinan sejak tahun 1993, bermula dengan minat mendalam terhadap seni merakam momen sebenar dan emosi yang jujur. Minat ini kemudiannya berkembang secara serious selepas memperoleh ‘Certificate of Graduation in Professional Photography daripada New York Institute of Photography (NYI) pada tahun 1995.Â
Â
Dengan pengalaman yang lama ini, kami telah merakam perkahwinan secara dokumentari, memfokuskan momen sebenar, emosi yang jujur dan penceritaan yang bermakna. Setiap detik dirakam dengan penuh ketelitian dan tanggungjawab kerana kami percaya kenangan perkahwinan adalah momen sekali seumur hidup yang tidak boeh diulang.
Menyediakan perkhidmatan jurugambar /fotografi
Majlis Perkahwinan
Majlis Pertunangan
Majlis Harijadi
Konvokesyen
Acara korporat
